Home Ekonomi PROTON catat lonjakan jualan, e.MAS 7 terus ungguli pasaran EV
Ekonomi

PROTON catat lonjakan jualan, e.MAS 7 terus ungguli pasaran EV

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 April– PROTON mengakhiri suku pertama 2025 dengan pemulihan jualan yang ketara pada Mac dengan 13,918 unit terjual, peningkatan sebanyak 23.9 peratus berbanding Februari.

Pencapaian didorong prestasi jualan yang kukuh merentasi keseluruhan barisan model, pertumbuhan dalam jualan eksport serta sumbangan daripada penawaran tenaga baharu syarikat.

Sementara itu, Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025.

Ini sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.

Sebanyak 797 unit Proton e.MAS 7 berjaya dijual pada Mac lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata kenderaan EV itu juga mencatat pencapaian baharu menerusi penghantaran sebanyak 1,853 unit bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Menjelang suku kedua, pihaknya menjangkakan pelancaran berterusan beberapa model baharu yang akan
menawarkan pelbagai tawaran menarik.

PROTON kekal yakin dengan rangkaian pengedarnya dan komitmen kepada pembeli kereta tempatan akan memberikan pengalaman pemilikan jangka panjang yang terbaik buat pelanggan.

Related Articles

UMW Toyota catat jualan 7,773 unit pada Jun
Ekonomi

UMW Toyota catat jualan 7,773 unit pada Jun

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) mengekalkan prestasi kukuh...

Sentimen pelabur kekal berhati-hati
Ekonomi

Sentimen pelabur kekal berhati-hati

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Pasaran saham menunjukkan pergerakan yang berhati-hati dalam dagangan minggu...

CIMB sasar RM300b pembiayaan lestari menjelang 2030
Ekonomi

CIMB sasar RM300b pembiayaan lestari menjelang 2030

PEMBIAYAAN lestari menjadi tonggak utama pelan hala tuju kelestarian CIMB 2030.PETALING JAYA:...

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia
Ekonomi

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia

BAKER HUGHESPETALING JAYA: Syarikat teknologi tenaga, Baker Hughes menjalinkan kerjasama dengan Petroliam...