Home Ekonomi Prasarana Malaysia diiktiraf sebagai RTC kedua di Asia Pasifik
Ekonomi

Prasarana Malaysia diiktiraf sebagai RTC kedua di Asia Pasifik

Prasarana Malaysia Berhad mencatat sejarah apabila diiktiraf sebagai Pusat Latihan Serantau (RTC) kedua di Asia Pasifik / Foto Hiasan

PETALING JAYA, 8 November – Prasarana Malaysia Berhad mencatat sejarah apabila diiktiraf sebagai Pusat Latihan Serantau (RTC) kedua di Asia Pasifik oleh Badan Organisasi Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) yang berpusat di Brussels, Belgium.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata dengan status RTC ini, Malaysia kini mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam penetapan dasar pengangkutan serantau.

\”Ini membolehkan Malaysia memainkan peranan aktif dalam membentuk dasar pengangkutan awam yang mampan di Asia Pasifik dan menjadikan negara kita sebagai rujukan dalam pembangunan sistem pengangkutan yang lestari dan cekap. Salah satu impaknya adalah penjanaan ekonomi melalui latihan antarabangsa,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kolaborasi antara Prasarana dan UITP, di sini.

Tambah Hasbi, RTC Malaysia dijangka akan menarik peserta antarabangsa ke Kuala Lumpur dan memberi impak positif kepada ekonomi negara, khususnya dalam sektor perhotelan, pelancongan, dan perkhidmatan.

Melalui kolaborasi ini, lebih daripada 13,000 warga kerja Prasarana akan menerima akses kepada sumber-sumber latihan bertaraf antarabangsa, termasuk sistem pengurusan pembelajaran UITP.

Prasarana juga akan menawarkan program latihan dan pembangunan profesional untuk pelbagai pemain industri, termasuk agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta di rantau ini.

Syarikat perkhidmatan pengangkutan itu menyasarkan untuk melatih seramai 450 kakitangan melalui RTC dalam tempoh empat tahun bagi memperkukuh kepimpinan dan kemahiran teknikal.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...