Home Ekonomi PKS perlu pelbagaikan sumber dan pelanggan
Ekonomi

PKS perlu pelbagaikan sumber dan pelanggan

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 5 April – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah serta pelanggan mereka bagi mengurangkan risiko gangguan dalam rantaian bekalan, susulan ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk William Ng berkata langkah itu penting selepas AS mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas barangan dari Malaysia.

“PKS tidak boleh bergantung kepada satu sumber atau satu pasaran semata-mata. Kepelbagaian adalah kunci kepada ketahanan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa perniagaan tempatan untuk beralih daripada pendekatan ‘Buatan Malaysia’ kepada konsep ‘Jenama Malaysia’ yang lebih bernilai tambah dan mampu bersaing di peringkat global.

Menurutnya, PKS juga disaran mempertimbangkan pengeluaran di negara-negara ASEAN yang menawarkan kos operasi lebih rendah, selain memperkukuh penyelidikan, pembangunan (R&D) dan inovasi dalam negara.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perbincangan mengenai pembentukan pasaran tunggal ASEAN perlu dibuka semula dengan segera.

“Pasaran tunggal ASEAN akan mewujudkan satu kesatuan ekonomi yang kuat dan memberi manfaat kepada Malaysia sebagai sebahagian daripada blok pengeksport serta pasaran serantau yang besar,” katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...