Home Ekonomi Petronas Bekerjasama Dengan ADNOC, Storegga Berkaitan Kemudahan CCS Luar Pesisir Malaysia
Ekonomi

Petronas Bekerjasama Dengan ADNOC, Storegga Berkaitan Kemudahan CCS Luar Pesisir Malaysia

Petronas Bekerjasama Dengan ADNOC, Storegga Berkaitan Kemudahan CCS Luar Pesisir Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) –Petronas, ADNOC dan Storegga memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama (JSDA) untuk menilai keupayaan akuifer air masin sebagai penyimpanan pelepasan karbon dioksida (CO2) sertapembinaan kemudahan pemerangkapandan penyimpanan karbon (CCS) di lembangan Penyu, luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Menerusi JSDA itu, ia menyasarkansekurang-kurangnyalima juta tan kapasiti pemerangkapan dan penyimpanan CO2 menjelang 2030. Skop perjanjian itu turut merangkumikajian perkapalan dan logistik CO2 di samping meneroka aplikasi teknologi canggih, termasuk kecerdasan buatan, untuk meningkatkan kapasiti storan.

Aktiviti JSDA itu pada masa ini dijadual bermula akhir tahun ini, kata pihak-pihak itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas CCS Solutions Sdn Bhd Nora'in Md Salleh berkata perjanjian dengan ADNOC dan Storegga berpotensi membolehkan syarikat minyak negara itu membina keupayaannya untuk membangunkan akuifer air masin sebagai tapak penyimpanan karbon dioksida dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman rakan kongsinya di rantaulain.

“Kerjasamastrategik ini sejajar dengan matlamat menyeluruh Petronas dalammenjadikan Malaysia sebagai hab CCS serantau untuk memberi perkhidmatan kepada Asia Pasifik meningkatkan kapasiti penyimpanan melalui akuifer air masin,” katanya.

Petronas ialah ahli jawatankuasa Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional Malaysia, telah mengenal pasti CCS sebagai satu daripada enam tuas peralihan tenaga untuk negara mencapai hala tujumampan, rendah karbon dan berdaya tahan.

Malaysia juga dijangka membentangkan rang undang-undang CCUS menjelang akhir tahun 2024.

Sementara itu, Nora’in berkata negara iniberminat untuk mempergiat kerjasamadua hala dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam bidang seperti ekonomi, keusahawanan dan tenaga boleh baharu dalam rangka kerja Jawatankuasa Bersama untuk Kerjasama (JCC) Malaysia-UAE.

Dengan pemeteraian JSDA ini, Petronas menyokong JCC dan meningkatkan hubungan yang terjalin antara firma minyak nasional dan ADNOC, mengukuhkan kehadiran Petronas dalam perniagaan huluan ADNOC yang tidak konvensional di Abu Dhabi,katanya.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...