Home Ekonomi Pesakit buah pinggang peringkat akhir dijangka mencapai 106,000 menjelang 2040
Ekonomi

Pesakit buah pinggang peringkat akhir dijangka mencapai 106,000 menjelang 2040

Pesakit buah pinggang peringkat akhir dijangka mencapai 106,000 menjelang 2040

LUKANISMAN Awang Sauni (dua dari kiri) pada Majlis pelancaran Vantive Malaysia di Le Méridien di sini hari ini.UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) dijangka meningkat dua kali ganda kepada lebih 106,000 pesakit menjelang tahun 2040.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, hampir 53,000 rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir dan kini menjalani dialisis kronik.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Dasar Peritoneal Dialysis (PD) First di semua fasiliti kerajaan dan ia mengutamakan dialisis peritoneal sebagai kaedah rawatan awal bagi pesakit penyakit buah pinggang peringkat akhir yang sesuai.

“Dengan peningkatan kes dan kelaziman penyakit buah pinggang di Malaysia, kerjasama berterusan antara kerajaan, penyedia penjagaan kesihatan dan rakan industri adalah amat penting.

“Ini untuk memperluaskan akses kepada terapi menyelamatkan nyawa serta mempromosikan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang kronik (CKD),” katanya majlis pelancaran Vantive sempena Hari Buah Pinggang Sedunia di sini hari ini. 

Vantive Malaysia kini dilancarkan sebagai syarikat terapi organ vital yang menyokong Dasar Keutamaan Dialisis Peritoneal (Dialisis di Rumah) oleh KKM bagi penjagaan buah pinggang. 

Sementara itu,  Ketua Negara Vantive Malaysia, Christine Ng berkata, Vantive Malaysia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan dialisis malah menawarkan perkhidmatan sokongan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.. 

Menurutnya, ini termasuk penghantaran alat serta bekalan dialisis ke rumah bagi pesakit buah pinggang dan pasukan penjagaan di seluruh negara.

“Sebagai organisasi global, Vantive Malaysia turut memperkenalkan Kelab Perjalanan Dialisis Peritoneal (PD Travel Club) bagi memberi jaminan dan fleksibiliti kepada pesakit menjalani rawatan dialisis walaupun ketika bercuti di luar negara.

“Kami yakin melalui kerjasama erat dengan rakan penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan, kami dapat memperluaskan akses rawatan dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengurus keadaan mereka dengan berkesan sambil mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.-UTUSAN

 

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...