Home Ekonomi Pertumbuhan KDNK 2024 diunjur kekal pada paras lima peratus
Ekonomi

Pertumbuhan KDNK 2024 diunjur kekal pada paras lima peratus

Pertumbuhan KDNK 2024 diunjur kekal pada paras lima peratus

PETALING JAYA: MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 sebanyak lima peratus disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan berlaku pemulihan dalam eksport.

Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan anggaran awal, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahun bagi suku ketiga 2024 yang mengekalkan pertumbuhan melebihi lima peratus dalam tempoh dua suku berturut-turut.

“Pertumbuhan ini secara amnya seiring dengan jangkaan kami, walaupun pertumbuhannya sedikit tinggi daripada anggaran.

“Ini berikutan kami menyedari pengembangan lebih perlahan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) selain menjangkakan pengeluaran perlombongan yang lemah akan menjejaskan pertumbuhan KDNK 2024 bagi suku ketiga,” katanya dalam satu nota kajian.

Mengikut sektor, MIDF Research berkata, semua sektor ekonomi berkembang kecuali perlombongan yang menurun sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun, yang boleh dikaitkan dengan pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih lemah.

“KDNK berkembang 5.1 peratus bagi tempoh dari Januari hingga September 2024, berbanding 3.8 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Pasaran buruh yang stabil, tekanan inflasi yang sederhana, dasar fiskal dan monetari yang menggalakkan, serta pemulihan berterusan dalam aktiviti pelancongan dijangka meneruskan momentum pengembangan dalam ekonomi domestikdomestik,” katanya.

Dalam pada itu, MIDF Research berkata, pengembangan lebih kukuh dalam perbelanjaan domestik yang boleh menjadi kejutan positif kepada unjuran KDNK, memandangkan pasaran buruh yang positif dan penangguhan rasionalisasi subsidi RON95 sehingga pertengahan 2025.

“Bagaimanapun, kami masih berhati-hati terhadap risiko penurunan yang berpotensi terhadap prospek pertumbuhan Malaysia akibat permintaan akhir yang lebih lemah daripada ekonomi utama.

“Selain itu adalah kemungkinan berlaku gangguan kepada rantaian bekalan global serta perdagangan antarabangsa akibat ketegangan geopolitik dan perdagangan yang meningkat,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...