Home Ekonomi Pertumbuhan global dijangka turun 3.2 peratus – IMF
Ekonomi

Pertumbuhan global dijangka turun 3.2 peratus – IMF

Ketua Ekonomi IMF, Pierre-Olivier Gourinchas / Foto AFP

WASHINGTON, 23 Oktober – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan global sedikit perlahan pada 2024 dan 2025.

Pertumbuhan global dijangka turun sedikit kepada 3.2 peratus tahun ini dan kekal pada paras itu pada 2025.

Ketua Ekonomi IMF, Pierre-Olivier Gourinchas berkata, pertumbuhan global diunjur kekal stabil, meskipun terdapat prospek semakin lemah dan ancaman meningkat.

Menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang baru diterbitkan, prospek pertumbuhan bagi pasaran baru muncul dan ekonomi membangun diunjur sangat stabil, sekitar 4.2 peratus tahun ini.

Ini terutamanya pertumbuhan di negara Asia sedang pesat membangun.

Laporan itu turut menganggarkan inflasi global akan terus berkurangan, mencecah 5.8 peratus tahun ini, sebelum turun kepada 4.3 peratus pada 2025.-AFP

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...