Home Ekonomi Pertumbuhan ekonomi 5 peratus bukti keyakinan pelabur terhadap Malaysia
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi 5 peratus bukti keyakinan pelabur terhadap Malaysia

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5 peratus pada suku keempat 2024, mencerminkan keyakinan terhadap dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5 peratus pada suku keempat 2024, mencerminkan keyakinan terhadap dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha mengubah landskap ekonomi negara.

Pertumbuhan itu dipacu oleh dasar progresif yang diperkenalkan sejak 2023 di bawah kerangka Ekonomi MADANI, serta kestabilan politik yang menyokong keyakinan pelabur dan pengguna.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pencapaian itu adalah hasil usaha bersepadu antara kerajaan dan industri dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara.

\”Ekonomi negara berkembang berikutan prestasi kukuh dalam penggunaan swasta, pelaburan, jumlah dagangan, serta aliran masuk pelaburan asing yang positif. Petunjuk lain seperti inflasi yang semakin stabil dan kadar pengangguran yang rendah turut menyokong momentum pertumbuhan,\” menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Menjelang 2025, Kerajaan MADANI komited untuk memperkukuh agenda pembaharuan ekonomi dan institusi bagi melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Ekonomi negara diunjurkan berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus bagi tahun 2025, didorong oleh beberapa faktor utama, termasuk limpahan daripada kitaran menaik teknologi, pelaksanaan pantas projek infrastruktur kritikal dan pemangkin serta aktiviti pelancongan yang lebih rancak.

Di bawah Belanjawan 2025, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) secara kolektif akan melabur RM25 bilion dalam pelaburan langsung domestik untuk tahun pertama daripada lima tahun pelaksanaan Program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEARuP).

Selain itu, peningkatan perbelanjaan pengguna hasil kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam dijangka terus merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh mendatang.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...