Home Ekonomi Persatuan Takaful Malaysia lancar Hijrah27
Ekonomi

Persatuan Takaful Malaysia lancar Hijrah27

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 8 November -Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Hijrah27 bagi memperkukuh pelan transformasi strategiknya industri takaful.

Ia menandakan komitmen pengendali takaful ke arah perkembangan dan evolusi industri yang lebih mampan, akses lebih luas, inovasi serta nilai sosial berimpak tinggi.

Bertemakan \”Sama Berlindung, Sama Beramal, Sama Berjaya, Takaful Untuk Semua\”, majlis disaksikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid serta pemain industri berkaitan.

Rangka kerja transformasi tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan pemahaman orang ramai mengenai Takaful dan meluaskan jangkauan bagi mereka yang tidak mempunyai akses dan perusahaan mikro kecil dan sederhana.

Ia juga memberi tumpuan kepada peningkatan profesionalisme dalam kalangan wakil takaful dan mempromosikan inisiatif yang sejajar aspek persekitaran, sosial dan tadbir urus, ESG.

Program dihadiri kira-kira 200 peserta, turut menekankan pengukuhan asas industri takaful dan memperteguh komitmennya terhadap pertumbuhan industri selari perundangan syariah.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...