Home Ekonomi PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini
Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 20 Mei ini / Foto PEOPLElogy Bhd

KUALA LUMPUR, 21 April – PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 20 Mei ini, meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran semasa.

Pengarah Eksekutif Bebas dan Pengarah Urusannya, Allen Lee berkata langkah itu adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk mengembangkan perniagaan, khususnya dalam bidang keselamatan siber serta mengukuhkan kedudukan di Asia Tenggara.

“Matlamat kami jelas, untuk disenaraikan agar dapat meneruskan perancangan masa depan termasuk meneroka peluang dalam keselamatan siber. Setakat ini kami juga tidak terkesan dengan sebarang langkah tarif,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran prospektus IPO syarikat tersebut, di sini, hari ini.

IPO tersebut menyasarkan kutipan dana sebanyak RM26.25 juta menerusi terbitan 105 juta saham baharu pada harga 25 sen sesaham.

Menurut Allen, sebahagian besar dana akan digunakan untuk penubuhan makmal simulasi siber, manakala selebihnya diperuntukkan bagi pelaburan strategik, aktiviti penggabungan dan pengambilalihan serta pengembangan pejabat dan pusat latihan di Indonesia dan Filipina.

PEOPLElogy merupakan penyedia perkhidmatan perundingan dan latihan yang memfokus kepada pembangunan bakat digital dan transformasi sumber manusia bagi organisasi di rantau ini.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...