Home Ekonomi Pengekalan OPR: Isyarat keyakinan ekonomi, stabilkan pelaburan – Penyelidik
Ekonomi

Pengekalan OPR: Isyarat keyakinan ekonomi, stabilkan pelaburan – Penyelidik

Pengekalan OPR: Isyarat keyakinan ekonomi, stabilkan pelaburan – Penyelidik

Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) memberi isyarat kestabilan ekonomi negara serta keyakinan kepada pelabur asing / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 November – Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) memberi isyarat kestabilan ekonomi negara serta keyakinan kepada pelabur asing.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berpandangan langkah tersebut dapat mencegah turun naik berlebihan dalam kadar pertukaran, sekali gus menstabilkan mata wang dan mengurangkan risiko tekanan inflasi.

“Dari segi domestik, dengan mengekalkan OPR, Bank Negara Malaysia (BNM) dapat memastikan kos pinjaman kekal rendah, menggalakkan perbelanjaan serta pelaburan dalam negara.

\”Ini membantu peniaga untuk mengakses modal, seterusnya merangsang pertumbuhan dalam sektor utama seperti pembinaan, pembuatan dan teknologi,” katanya ketika dihubungi RTM.

Pengekalan OPR juga dijangka mengekalkan pola permintaan dan membolehkan pengguna terus menikmati kos pinjaman yang stabil.

Langkah itu katanya menyediakan asas kukuh bagi aktiviti ekonomi domestik yang penting untuk mengekalkan momentum pertumbuhan di tengah ketidakpastian ekonomi global.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...