Thursday , 23 January 2025
Home Ekonomi Penerokaan Khazanah Laut Berpotensi Jadi Sumber Ekonomi Biru Sabah – Hajiji
Ekonomi

Penerokaan Khazanah Laut Berpotensi Jadi Sumber Ekonomi Biru Sabah – Hajiji

Penerokaan Khazanah Laut Berpotensi Jadi Sumber Ekonomi Biru Sabah – Hajiji

fb Hajiji Haji Noor

KOTA KINABALU, 4 Ogos (Livevartha) — Kerajaan Sabah sedang menerokapotensi Ekonomi Biru melibatkan penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu serta produk yang boleh dihasilkan daripada industri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penerokaan itu antara usaha berterusan dan agresif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebagai tambahan kepada sumber sedia ada.

"Sabahdikelilingi Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes yang berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru.

"Pada Oktober nanti, kerajaan negeri akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkenaan “The Blue Economy”, yang dijangkadilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah di sini, hari ini.

Program julung kali diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden parti dengankehadiran kira-kira 14,000 orang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Selain Hajiji yang jugaPengerusi Gabungan Rakyat Sabah, majlis itu turutdihadiriPengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Christina Liew dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Datuk Ewon Benedick, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Joseph Kurup, dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

Hajiji berkata Kerajaan Sabah akanterus mendokong dasar pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jayaselari dengan semangat gagasan Malaysia MADANI yang menginginkan negara pesat membangun, berperanan tinggi di peringkat global sekali gus menjadi negara yang dihormati dan disegani.

Sabah menjadi tumpuan pelabur dengan membawa masuk nilai pelaburan mencecah RM12 bilion sejak dua tahun lepas, hasil corak kepimpinan negara yang dinamik serta mesra pelabur, katanya.

Related Articles

Pelantikan Trump beri kesan besar kepada ekonomi dunia
Ekonomi

Pelantikan Trump beri kesan besar kepada ekonomi dunia

DONALD Trump berucap pada Majlis Pelantikan Presiden Amerika Syarikat ke-47 di Capitol,...

MAA letak sasaran lebih rendah, TIV 780,000 unit tahun ini
Ekonomi

MAA letak sasaran lebih rendah, TIV 780,000 unit tahun ini

PRESIDEN MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain (dia kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif...

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024
Ekonomi

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon (empat dari kiri) bergambar bersama...

12 syarikat penerbangan baharu rangsang pertumbuhan
Ekonomi

12 syarikat penerbangan baharu rangsang pertumbuhan

Sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di Lapangan...