Home Ekonomi Pendeposit TH Khairat berpeluang dapat perlindungan sehingga RM48,000
Ekonomi

Pendeposit TH Khairat berpeluang dapat perlindungan sehingga RM48,000

Pendeposit TH Khairat berpeluang dapat perlindungan sehingga RM48,000

TABUNG HAJI

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada para pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful berganda sehingga RM48,000 melalui pendaftaran dua sijil perlindungan TH Khairat dengan setiap pengendali takaful yang dilantik.

Menurut kenyataannya, sebelum ini, para pendeposit TH hanya boleh mendaftar satu sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT).

Bermula 21 Februari 2025, pendeposit boleh mendaftar dua sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful yang membolehkan seorang pendeposit memiliki sehingga empat sijil perlindungan.

“Bayaran langganan kekal pada RM28 setahun bagi setiap satu sijil yang didaftarkan dengan manfaat perlindungan RM12,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. 

“Penerima manfaat layak membuat tuntutan sehingga RM48,000 sekiranya pendeposit memiliki empat sijil perlindungan,” katanya.

Selain itu, TH berkata, bermula tahun ini juga, jemaah haji yang memiliki sijil TH Khairat akan dilindungi dua kali ganda daripada jumlah manfaat asal iaitu daripada RM12,000 menjadi RM24,000 sekiranya berlaku kematian ketika menunaikan haji di Tanah Suci tanpa sebarang bayaran tambahan.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, inisiatif ini selaras dengan komitmen TH yang sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi nilai tambah kepada pendeposit secara berterusan.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama STMKB dan HLMT, pendeposit kini boleh mendaftar dua sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful. 

“Bagi pendeposit yang meninggal dunia ketika menunaikan haji pula, kini mereka layak untuk membuat tuntutan sehingga RM96,000 sekiranya mempunyai keseluruhan empat sijil perlindungan,” kataya.

Tambahnya, pendaftaran boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi THiJARI dan pendeposit juga boleh mengunjungi cawangan yang terdekat sekiranya memerlukan penerangan lanjut serta bantuan daripada anggota TH.

Katanya, semua pendeposit terutamanya bakal jemaah haji pada tahun ini digalakkan untuk mendaftar TH Khairat sebagai salah satu persiapan sebelum pergi menunaikan haji kerana manfaat berganda disediakan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di Tanah Suci.

Mohamed Ameen berkata, TH Khairat telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dan kini telah mencatatkan hampir 580,000 pendaftaran sejak dilancarkan pada Julai 2023. 

Menerusi inisiatif ini, TH telah membantu sebanyak 375 waris melalui pembayaran tuntutan sebanyak lebih RM4.5 juta dan ini membuktikan kesungguhan TH bersama syarikat pengendali takaful dalam menyelesaikan tuntutan pantas melalui perlindungan takaful mampu milik ini.

“TH akan terus komited dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada dan memperkenalkan perkhidmatan baharu yang memberi manfaat kepada pendeposit pada masa akan datang,” tambah beliau.-UTUSAN

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...