Home Ekonomi Pendapatan Boleh Agih Separuh Pertama KWSP Naik 29 Peratus Kepada RM36.70 Bilion
Ekonomi

Pendapatan Boleh Agih Separuh Pertama KWSP Naik 29 Peratus Kepada RM36.70 Bilion

Pendapatan Boleh Agih Separuh Pertama KWSP Naik 29 Peratus Kepada RM36.70 Bilion

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Jumlah pendapatan boleh agih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2024, meningkat 29 peratus kepada RM36.70 bilion daripada RM28.40 bilion bagi tempoh sama 2023.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata pendapatan boleh agih itu bagaimanapun tidak termasuk keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) bagi sekuriti belum direalisasikan.

Jumlahpendapatan boleh agih KWSP bagi suku kedua 2024selepas turun nilai kos, meningkat 25 peratus kepada RM17.50 bilion daripada RM13.98 bilion pada suku sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSPAhmad Zulqarnain Onn berkata keadaan pasaran menggalakkan di Malaysia dan global telah menyumbang kepada 29 peratuspertumbuhan dalam pendapatan boleh agih bagi suku pertama 2024manakala aset di bawah pengurusan meningkat kepada RM1.21 trilion.

“Pasaran Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan sentimen pelabur terhadap dasar yang berorientasikan pertumbuhan dan pembaharuan fiskal.

“Selain itu, pasaran global seperti Amerika Syarikat (AS) pula meraih manfaat daripada keadaan makroekonomi yang kukuh, penurunan inflasi dan jangkaan permulaan kitaran pengurangan kadar faedah,” katanya.

Ahmad Zulqarnain berkata walaupun keadaan pasaranagak tenang, risiko dilihat kekal berikutan penjualan baru-baru ini dalam pasaran global dan peningkatan ketidaktentuan disebabkan oleh peserta pasaran yang melepaskan beberapa kedudukan yang tertumpu dan sesak.

“Sebagai pelabur jangka panjang, KWSP akan meneruskan strategimembina portfolio yang pelbagai, didorong oleh peruntukan aset strategiknya,” katanya.

Bagi suku dalam kajianitu, dana persaraan itu berkata pendapatan daripada pelaburan ekuiti terus menjadi penyumbang utamapendapatan bagi suku kedua 2024 pada RM10.75 bilion selepas turun nilai kos atau merangkumi 61 peratus daripada jumlah pendapatan boleh agih yangdikaji.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...