Home Ekonomi Pelaksanaan MSNR komitmen getah negara terhadap EUDR
Ekonomi

Pelaksanaan MSNR komitmen getah negara terhadap EUDR

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KLANG, 12 Disember- Pelaksanaan Inisiatif Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) membuktikan komitmen industri getah negara dalam mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setakat ini, dua syarikat getah tempatan telah mengeksport 200 tan Standard Malaysian Rubber (SMR) mematuhi MSNR, ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

\”Saya telah dimaklumkan bahawa Syarikat Lee Rubber Group Sdn Bhd telah mengeksport sejumlah 100 tan SMR ke Slovakia manakala Syarikat Seng Hin Rubber Sdn Bhd dengan jumlah eksport 100 tan SMR ke Belanda.

\”Kedua-dua syarikat ini telah memperoleh 100 peratus bahan mentah daripada estet dan pekebun kecil tempatan yang mematuhi MSNR,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Eksport Pertama Getah Malaysia Mematuhi (MSNR) ke EU.

Pencapaian itu menunjukkan komitmen negara dalam memastikan industri getah terus kekal berdaya saing di pasaran global serta memenuhi amalan kemampanan ditetapkan EU.

Sebelum ini, Parlimen EU meluluskan penundaan penguatkuasaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) dari 30 Disember kepada 30 Disember 2025 untuk syarikat besar dan 30 Jun 2026 untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Related Articles

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak
Ekonomi

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak

PENGURUS Besar, Kumpulan Modal Insan, Bintulu Port Holdings Berhad, Herwan Ramelan (kiri...

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN
Ekonomi

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN

PETALING JAYA: Snowflake, syarikat pengkomputeran awan global, menjadikan Malaysia sebagai salah satu...

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026
Ekonomi

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026

LOGO Cropmate.KUALA LUMPUR: Cropmate Group Berhad (Cropmate) merancang untuk mengkomersialkan formula baja...

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif
Ekonomi

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif

DASAR tarif Rumah Putih mempengaruhi pasaran saham Asia pada Isnin. -APPETALING JAYA:...