Home Ekonomi Pelaburan Modal TNB Penting Bagi Ekonomi Hijau, Industri EV
Ekonomi

Pelaburan Modal TNB Penting Bagi Ekonomi Hijau, Industri EV

Pelaburan Modal TNB Penting Bagi Ekonomi Hijau, Industri EV

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Kemampuan Tenaga Nasional Bhd (TNB)untuk membuat pelaburan modal yang besar penting bukan sahaja bagi memastikan jaminan bekalan tenaga berterusan di Malaysia malah juga menyokong peralihan kepada ekonomi hijau bernilai tinggi dan mempercepat pembangunan industri kenderaan elektrik (EV).

Dalam usaha itu, TNB akan dapat menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diperkenalkan Kerajaan MADANI selainmemudahkan komitmen tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia.

Malah, TNB juga perlu memasang infrastruktur baharu dan melabur dalam sistem baharu, melaksanakan penambahbaikan dan penggantian di samping menaik taraf dan memodenkan aset yang semakin uzur untuk memenuhi permintaan dan harapan pengguna elektrik sedia ada serta pengguna baharu.

Justeru, syarikat tenaga itu mengunjurkan peruntukan pelaburan yang lebih tinggi untuk melaksanakan mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) di antara 2025 dengan2027 berbanding RM21 bilion bagi IBR RP3 untuk tempoh 2022 hingga 2024.

Kemampuan untuk membuat pelaburan modal yang besar bergantung kepada peraturan IBR bagi RP4, yang kini sedang dibincangkan dengan Suruhanjaya Tenaga (ST), pihak kawal selia yang memastikan industri tenaga dibangunkan dengan cekap.

TNB, sebagai pemilik dan pengendali grid nasional di Semenanjung Malaysia, dilihat sebagai pemboleh NETR yang utama memandangkan keperluan perbelanjaan modal adalah penting ke arah pengukuhan Grid.

Berdasarkan rekod prestasinya, tidak disangsikan bahawa TNB akan mengutamakan pelaburan infrastruktur yang cekap untuk mewujudkan grid teguh yang menyokong integrasi tenaga bersih.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...