Home Ekonomi Pelabur tumpu data ekonomi, niaga hadapan emas ditutup rendah
Ekonomi

Pelabur tumpu data ekonomi, niaga hadapan emas ditutup rendah

Pelabur tumpu data ekonomi, niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus susut apabila mengakhiri dagangan Isnin dengan rendah ketika pelabur menumpukan minggu yang sarat dengan pengumuman data penting.

Data seperti Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM dan maklumat tawaran kerja Amerika Syarikat (AS) akan diumumkan esok dan diikuti dengan laporan penggajian Pemprosesan Data Automatik AS pada hari berikutnya.

Selain itu, angka tuntutan pengangguran AS dan Indeks Pengurus Pembelian ISM AS pula diumumkan pada Khamis manakala data gaji bukan perladangan AS diketahui pada Jumaat.

Di peringkat tempatan, kontrak niaga hadapan emas bagi September 2024 susut kepada US$2,650.20 setiap auns troy auns daripada US$2,661.60 pada Jumaat.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 ditutup pada AS$2,664.70 setiap troy auns, susut daripada AS$2,675.10 pada Jumaat.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 54 lot manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 45 kontrak daripada 71 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Sept, 2024, harga emas fizikal berada pada AS$2,661.85 bagi setiap troy auns. -Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...