Home Ekonomi Pelabur asing kembali beli ekuiti tempatan RM404.1j minggu lalu
Ekonomi

Pelabur asing kembali beli ekuiti tempatan RM404.1j minggu lalu

Pelabur asing kembali beli ekuiti tempatan RM404.1j minggu lalu

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Selepas tiga minggu menjadi penjual bersih, pelabur asing kembali membeli ekuiti tempatan sebanyak RM404.1 juta pada minggu lalu, kata MIDF Research.

Menurut firma penyelidikan itu, pelabur asing merupakan pembeli bersih pada setiap hari dagangan kecuali pada hari Isnin, yang menyaksikan jualan sebanyak RM64.9 juta.

Katanya, aliran masuk asing bersih terbesar berlaku pada Khamis berjumlah RM226.3 juta.

“Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM181 juta), hartanah (RM68.6 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM63.8 juta).

“Sementara itu, sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing tertinggi ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM65.4 juta), teknologi (RM13.9 juta) dan tenaga (RM10 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana berakhir 18 Oktober 2024 di sini hari ini.

MIDF Research itu berkata, institusi tempatan merekodkan pembelian bersih hanya pada hari Isnin berjumlah RM55.2 juta dan merupakan penjual bersih sepanjang minggu dengan jualan bersih keseluruhan RM384.2 juta.

Jelasnya, selepas tiga minggu membeli, pelabur runcit tempatan memutuskan untuk mengambil untung, menghasilkan jualan bersih RM20 juta.

“Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan merentas semua kelas pelabur kecuali pelabur asing yang memperoleh 5.3 peratus.

“Peruncit tempatan mengalami penurunan tertinggi pada 10.7 peratus, manakala  institusi tempatan mencatatkan penurunan sebanyak 4.2 peratus,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...