Home Ekonomi Pasaran saham tempatan kekal neutral pasca pembentangan Belanjawan 2025
Ekonomi

Pasaran saham tempatan kekal neutral pasca pembentangan Belanjawan 2025

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Prestasi pasaran saham tempatan kekal neutral, selepas Belanjawan 2025 dibentangkan di parlimen minggu lalu.

Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd Imran Yassin berkata, meski mempamerkan trend penurunan, namun tiada pergerakan drastik dalam aktiviti dagangan.

Jelasnya, turun naik pasaran dalam tempoh beberapa hari dagangan minggu ini, adalah seiring prestasi serantau selain dipengaruhi faktor luaran.

\”Lebih kepada faktor-faktor luaranlah, faktor-faktor di Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya. Jadi di sini kita boleh lihat, bagaimana pasaran banyak inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan banyak menunjukkan apa yang dijangkakan pasaran, tidak memberi satu kejutan kepada pasaran, jadi ini boleh dikatakan neutral,\” kata Imran.

Sementara itu, data ekonomi terkini Amerika Syarikat yang memberangsangkan selain jangkaan tiada pemotongan kadar faedah secara agresif oleh rizab persekutuan, telah mengukuhkan kedudukan dolar ketika ini.

Namun, trend itu bukan hanya mempengaruhi prestasi ringgit, malah kebanyakan mata wang lain di dunia.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...