Home Ekonomi Pasaran saham ditutup rendah hari ini
Ekonomi

Pasaran saham ditutup rendah hari ini

Pasaran saham ditutup rendah hari ini

FBM KLCI Bursa Malaysia ditutup negatif pada Isnin- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, berikutan kebimbangan prospek ekonomi global, kata penganalisis.

Pada pukul 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.63 mata kepada1651.49 berbanding 1,653.12 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1647.20.

Jumlah dagangan sebanyak 3.326 bilion unit bernilai RM3.797 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 738 berbanding 333 dengan 438 kaunter tidak berubah dan 947 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, secara umumnya, prestasi saham serantau adalah bercampur disebabkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang dilihat akan lebih mencabar pada tahun hadapan.

“Bagi prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara Jepun pada suku kedua bertumbuh pada kadar 2.9 peratus,rendah berbanding jangkaan iaitu 3.2 peratus.

“Inflasi kadar inflasi di China pula berada di paras 0.6 peratus pada Ogos juga rendah berbanding jangkaan pasaran iaitu 0.7 peratus.

“Justeru itu, pasaran saham global dijangka dalam mod berhati-hati,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, saham bagi tawaran awam permulaan (IPO) untuk syarikat 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd. (99 Speedmart) yang baru disenaraikan pada pagi hari ini menjadi tumpuan pasaran ketika ini.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....

Rumah siap dibina melonjak 30.2% pada suku pertama
Ekonomi

Rumah siap dibina melonjak 30.2% pada suku pertama

PASARAN hartanah negara kekal berdaya tahan walaupun terdapat penurunan transaksi pada suku...

Penurunan SRR bukan petunjuk dasar monetari – Gabenor
Ekonomi

Penurunan SRR bukan petunjuk dasar monetari – Gabenor

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa keputusan untuk...

OPR masih kekal pada 3.0 peratus
Ekonomi

OPR masih kekal pada 3.0 peratus

BANK Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus....