Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, pengukuhan pasaran minyak serantau
Ekonomi

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, pengukuhan pasaran minyak serantau

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Disember– Pasaran getah tempatan ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh seminggu susulan pengukuhan di pasaran getah serantau yang disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga didorong oleh pakej rangsangan baharu dari China di tengah-tengah kebimbangan bekalan terhad di negara pengeluar utama getah asli termasuk Malaysia dan Thailand berikutan cuaca hujan yang berterusan.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah dagangan yang suram berikutan musim cuti akhir tahun,” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata, pekebun getah di utara Thailand perlu bersedia dengan ancaman tanaman rosak bermula 26 hingga 27 Dis, manakala di bahagian selatan hujan lebat boleh mengakibatkan banjir kilat bermula 28 hingga 30 Dis.

Harga minyak terus meningkat pada Khamis selepas cuti Krismas mendapat sokongan daripada langkah rangsangan baharu di China dan penurunan inventori minyak mentah di AS.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.39 peratus kepada US$73.88 setong.

Mengikut Lembaga Getah Malaysia, harga SMR 20 melonjak 22.0 sen kepada 877.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menyusut lima sen kepada 707.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 871.00 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 703.50 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...