Home Ekonomi Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan minyak mentah
Ekonomi

Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan minyak mentah

Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan minyak mentah

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh pemulihan harga minyak mentah / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh pemulihan harga minyak mentah dan kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada 5.04 petang, mata wang tempatan menguncup kepada 4.3800/3850 berbanding dolar AS 4.3760/3810 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata sentimen pasaran disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah tambahan oleh AS dan komitmen kukuh China untuk mencapai sasaran ekonominya tahun ini.

\”Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat,\” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau harga minyak stabil pada Rabu berikutan data industri yang menunjukkan penurunan mendadak dalam inventori minyak mentah dan petrol AS selepas dua sesi penurunan berturut-turut akibat jangkaan konflik yang mereda di Asia Barat.

Menurut American Petroleum Institute, stok simpanan minyak mentah menurun sebanyak 573,000 tong dalam minggu yang berakhir pada 25 Oktober.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.62 peratus kepada AS$71.65 setiap tong.

Mengikut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik sebanyak 6.5 sen kepada 866.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun sebanyak tiga sen kepada 741.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 866.5 sen sekilogram manakala lateks pukal berada pada 736.5 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok (31 Oktober, 2024) untuk cuti umum Deepavali dan akan dibuka semula pada Jumaat (1 November, 2024).-Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....