Home Ekonomi Pasaran getah ditutup bercampur-campur seiring niaga hadapan serantau
Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur seiring niaga hadapan serantau

Pasaran getah ditutup bercampur-campur seiring niaga hadapan serantau

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah, daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli global.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan AS mencatatkan kenaikan kecil pada 47.8, manakala PMI perkhidmatannya, penunjuk kritikal kesihatan sektor perkhidmatan AS, menunjukkan sedikit peningkatan pada 55.3.

\”Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi ekonomi China yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh sedikit berbanding dolar AS, ditambah pula dengan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah,\” katanya kepada Bernama.

Menurut peniaga itu, harga minyak kukuh pada Jumaat, dan berada di landasan untuk peningkatan mingguan lebih daripada satu peratus berikutan ketegangan di Timur Tengah, rantau pengeluar minyak utama dunia dan penyambungan semula rundingan gencatan senjata Gaza dalam beberapa hari lagi meresahkan peniaga.

Sementara itu, beliau berkata niaga hadapan getah Jepun susut untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat dan berkemungkinan berhadapan penurunan mingguan, memandangkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan mereda susulan prospek keadaan cuaca yang lebih baik di negara pengeluar utama Thailand.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 0.5 sen kepada 862.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut sebanyak 1.0 sen kepada 750 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 855.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 746.5 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...