Home Ekonomi Pasaran getah dijangka rendah minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka rendah minggu depan

Pasaran getah dijangka rendah minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

“Harga akan terus menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Bekalan getah asli akan menjadi terhad dengan bermulanya musim daun gugur dan hujan. Terdapat impak daripada keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China yang lembap,” katanya kepada Bernama.

Seorang peniaga turut bersetuju bahawa terdapat kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan bermulanya musim daun gugur dan cuaca hujan juga akan menjejaskan sentimen.

“Pemain pasaran akan memantau keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China, selain krisis geopolitik yang meruncing,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 5.5 sen kepada 874.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 17.5 sen kepada 671 sen sekilogram.

Pasaran Kuala Lumpur akan ditutup dari 31 Mac hingga 1 April 2025 sempena sambutan Aidilfitri dan akan beroperasi semula pada 2 April 2025. – Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...