Home Ekonomi Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Februari– Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan, dengan harga dan permintaan kekal stabil walaupun dengan sedikit kecenderungan ke arah aliran penurunan, kata pakar industri, Denis Low.

Beliau berkata terdapat kebimbangan yang meningkat mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kebimbangan bahawa penggunaan tenaga China yang rendah juga boleh menjejaskan komoditi, termasuk getah.

“Oleh itu, mengambil pendekatan berhati-hati adalah bijak dan peniaga akan lebih berwaspada dalam pegangan stok,” katanya kepada Bernama.

Low berkata menurut ramalan Jabatan Meteorologi Thailand, sistem tekanan tinggi yang rendah di timur laut Thailand menyebabkan penurunan suhu dua hingga tiga darjah Celsius, dengan angin kencang dijangka tidak membawa hujan lebat.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit dan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara-negara pengeluar utama getah.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 6.0 sen kepada 890 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 12.5 sen kepada 689.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pengeluaran MSM diunjur meningkat 19.5 juta tan- MPOB

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari-Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diunjur meningkat 19.5...

Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif...

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari
Ekonomi

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Kenaikan harga simen membimbangkan kontraktor yang mungkin menaikkan upah pembinaan bagi menampung...