Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Pasaran getah dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Harga dan permintaan pasaran getah dijangka kekal tidak stabil dengan sedikit aliran kenaikan yang diramalkan minggu hadapan, didorong oleh cuaca yang tidak menentu di selatan Thailand, menurut pakar industri Denis Low.

Low berkata Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) meramalkan gelombang sejuk baharu disertai dengan angin kencang sementara Monsun Timur Laut terus membawa hujan lebat ke wilayah selatan negara itu.

\”Hujan lebat yang berterusan di kawasan pengeluaran getah semakin menyukarkan pengeluaran dan mendorong harga lebih tinggi.

\”Oleh itu, mungkin berlaku kekurangan bekalan dalam beberapa minggu akan datang,\” katanya kepada Bernama.

Beliau juga menekankan pelantikan Presiden AS yang baharu, Donald Trump baru-baru ini menyebabkan kenaikan mendadak dalam harga minyak yang mungkin memberi kesan berantai kepada komoditi lain, bergantung kepada dasar-dasar yang diperkenalkannya.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata pasaran getah dijangka mengalami aktiviti dagangan yang lebih perlahan minggu hadapan disebabkan oleh cuti Tahun Baharu Cina.

Persatuan itu berkata pasaran mengekalkan aliran kenaikan minggu ini walaupun terdapat isyarat bercampur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

\”Pergerakan kenaikan ini disokong terutamanya oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan yang terhad.

\”Keadaan cuaca basah di Thailand bersama-sama dengan hujan lebat dan kemungkinan banjir di negara pengeluar getah utama, mungkin mengganggu pengeluaran dan mengehadkan bekalan minggu hadapan,\” katanya.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat sebanyak 6.5 sen kepada 891 sen setiap kilogram manakala lateks pukal naik sebanyak 10.5 sen kepada 681 sen setiap kilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...