Home Ekonomi PAKW perbaiki penyaluran bantuan berdasarkan kos sara hidup
Ekonomi

PAKW perbaiki penyaluran bantuan berdasarkan kos sara hidup

Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), sebagai penunjuk kos sara hidup, dijangka dapat memastikan bantuan kepada rakyat disalurkan dengan lebih tepat / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 5 November – Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), sebagai penunjuk kos sara hidup, dijangka dapat memastikan bantuan kepada rakyat disalurkan dengan lebih tepat.

Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Profesor Datuk Dr. Madeline Berma berkata pendekatan PAKW memberi anggaran lebih realistik bagi menentukan status isi rumah, berbanding pengelasan berdasarkan pendapatan semata-mata.

“Sebagai contoh, golongan M40 sering menghadapi masalah di mana pendapatan mereka kelihatan tinggi, namun apabila kos perbelanjaan diambil kira, pendapatan bersih mereka mungkin lebih rendah daripada golongan B40 kategori atas. Ini menyebabkan mereka tidak layak untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Madeline, penggunaan MYkalkulator juga membantu golongan ini mengenal pasti kedudukan mereka dalam kategori pendapatan.

Pendekatan PAKW turut mengambil kira corak perbelanjaan mengikut lokaliti dan budaya, yang dianggap lebih sesuai berbanding kaedah sedia ada.

Madeline turut mencadangkan agar faktor tambahan seperti status kesihatan isi rumah, ahli isi rumah yang berhijrah, dan pendapatan tidak tetap turut diambil kira dalam penilaian tersebut.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...