Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi OPR kekal tiga peratus – BNM
Ekonomi

OPR kekal tiga peratus – BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Januari– Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Menerusi kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) berkata ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada tahun 2024.

Keadaan itu mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di sektor ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.

Bagi tahun 2025, ekonomi global dijangka mampan dengan keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

\”Perdagangan global dijangka kekal mampan secara keseluruhan, disokong oleh peningkatan kitaran teknologi yang berterusan.

Bagaimanapun, prospek tersebut boleh dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung dengan sekatan perdagangan dan pelaburan yang lebih banyak,\” kata kenyataan itu.

Ketidakpastian dasar yang kekal tinggi juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.

Pada masa hadapan, kekukuhan kegiatan ekonomi dijangka berterusan pada tahun 2025, didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan.

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...