Home Ekonomi OCBC Semak Semula Unjuran Kdnk Malaysia 2024 Lebih Tinggi Kepada 5.0 Peratus
Ekonomi

OCBC Semak Semula Unjuran Kdnk Malaysia 2024 Lebih Tinggi Kepada 5.0 Peratus

OCBC Semak Semula Unjuran Kdnk Malaysia 2024 Lebih Tinggi Kepada 5.0 Peratus

Lavanya Venkateswaran. (Kredit: OCBC Bank (Malaysia) Bhd)

KUALA LUMPUR, 19 Ogos(Livevartha) –Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia lebih tinggi kepada 5.0 peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada 4.2 peratus sebelum ini selepas negara mencatat pertumbuhan KDNK yang kukuh sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024.

Dalam nota Penyelidikan Pasaran Global yang diterbitkan hari ini, ahli akonomi kanan Asean bagi kumpulan perbankan ituLavanya Venkateswaran mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia kekal kukuh pada separuh kedua 2024dengan purata 4.9 peratus tahun ke tahun berbanding 5.1 peratus pada separuh pertama 2024.

“Ini disokong oleh pemulihan dalam kitaran elektronik global, pelaburan lebih tinggi khususnya yang menekankan kepada kemajuan dalam rancangan pembangunan ekonomi jangka sederhana kerajaan dan perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan.

"Keadaan ini membolehkan ia berada di had atas julat sasaran pertumbuhan KDNK rasmi sebanyak 4.0-5.0 peratus untuk 2024. Bagi 2025, kami terus menjangkakan ekonomi berkembang sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun," katanya.

Sementara itubagi 2024, Lavanya berkata lebihan akaun semasa Malaysia dijangka melebar kepada 2.5 peratus daripada KDNK berbanding 1.5 peratus pada 2023.

Pada 16 Ogos, dilaporkan ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan kukuh sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua2024, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan, aktiviti pelaburan yang rancakdan peningkatan ketara dalam ketibaan pelancongyang melebihi unjuran awal pada 5.8 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu melihat pertumbuhan Malaysia berada di landasan yang betul untuk mengakhiri tahun dengan menghampiri had atas julat unjuran 4.0-5.0 peratus.

"Pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 adalah yang tertinggi sejak suku keempat 2022," katanya.

Menurut Lavanya, prospek pertumbuhan yang kukuh dan tekanan inflasi yang terkawal, walaupun meningkat pada separuh kedua 2024, akan memberi ruang kepada BNM untuk mengekalkan kadar dasar sepanjang tahun ini.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....