Home Ekonomi Niaga hadapan MSM ditutup rendah
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.

Peniaga Minyak Sawit David Ng memberitahu Bernama pihaknya mendapati harga disokong pada RM4,480 satu tan manakala RM4,620 satu tan menjadi paras rintangan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group, Anilkumar Bagani berkata ringgit yang lemah, eksport kukuh minyak sawit Malaysia pada Oktober, stok yang terhad dan kadar pengeluaran minyak sawit yang rendah telah menyokong komoditi itu.

Semua keadaan itu juga telah mengehadkan penurunan niaga hadapan MSM dalam denominasi ringgit, katanya.

Beliau berkata penjualan awal telah dikekang dan harga dagangan dilhat tidak banyak berubah.

“Harga minyak mentah susut sebanyak hampir US$4 setong pada Isnin selepas serangan balas Israel ke atas Iran pada hujung minggu melangkau infrastruktur minyak dan nuklear Tehran.

“Ini tidak mengganggu bekalan tenaga sekali gus meredakan ketegangan geopolitik di Timur Tengah secara keseluruhannya,” katanya.

Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent yang penanda aras berada pada US$71.68 setong, susut sebanyak 5.75 peratus.

Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan November 2024 kurang RM1 kepada RM4,631 satu tan, Disember 2024 turun RM8 kepada RM4,576 satu tan manakala Januari 2025 menguncup RM7 kepada RM4,529 satu tan.

Februari 2025 susut RM11 kepada RM4,470 satu tan, Mac 2025 turun RM17 kepada RM4,406 satu tan, dan April 2025 merosot RM22 kepada RM4,335 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 60,668 lot daripada 97,467 lot yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 248,979 kontrak daripada 252,233 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan tidak berubah pada RM4,680 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...