Home Ekonomi Niaga hadapan MSM dijangka menaik susulan pengeluaran lemah
Ekonomi

Niaga hadapan MSM dijangka menaik susulan pengeluaran lemah

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Disember – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik, memandangkan pengeluaran yang lebih lemah dan paras stok yang berpotensi lebih rendah untuk bulan ini, kata seorang peniaga.

\”Kami menjangkakan harga akan diniagakan antara RM4,800 setan dan RM5,050 setan,\” kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata tahap inventori MSM menurun disebabkan musim hujan.

Beliau menambah lazimnya permintaan dipacu oleh China sebagai persediaan untuk Tahun Baharu Cina pada Januari dan juga negara-negara seperti India, Pakistan, Asia Barat dan Amerika Syarikat.

\”Negara-negara ini akan membeli MSM apabila terdapat keperluan untuk meningkatkan inventori mereka,\” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 turun RM196 kepada RM5,140 setan, Januari 2025 susut RM248 kepada RM4,994 setan dan Februari 2025 jatuh RM222 kepada RM4, 906 setan.

Kontrak Mac 2025 menguncup RM167 kepada RM4,816 setan, April 2025 menyusut RM130 kepada RM4,689 setan dan Mei 2025 turun RM100 kepada RM4,562 setan.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 405,635 lot daripada 441,315 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 241,421 kontrak daripada 234,629 kontrak seminggu sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan turun RM180 kepada RM5,200 setan.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...