Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka naik minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka naik minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka naik minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka naik pada minggu depan, didorong oleh jangkaan persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan di peringkat global, kata seorang penganalisis.

Persekitaran kadar faedah yang rendah menguntungkan emas kerana ia mengurangkan kos peluang bagi pegangan aset tidak menghasilkan seperti emas.

\”Pelabur menjangkakan kadar rendah ini akan berterusan, yang mendorong permintaan emas sebagai aset selamat,\” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Oktober 2024 menutup minggu ini dengan meningkat kepada AS$2,718.00 setiap auns troy berbanding AS$2,645.90 pada minggu sebelum ini dan November 2024 menokok kepada AS$2,733.00 daripada AS$2,667.70.

Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$2,741.10 setiap auns troy berbanding AS$2,669.10 minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 59 lot daripada 88 lot, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 40 kontrak berbanding 53 kontrak sebelum ini.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 17 Oktober, harga emas fizikal berada pada AS$2,688.85 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan

Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis

Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan...

Ekonomi

Ringgit dijangka bertahan berbanding dolar AS minggu hadapan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 16 Mac– Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43...

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...