Thursday , 23 January 2025
Home Ekonomi Neurogine MPEX, CB Bank Sedia Khidmat Kewangan Digital Untuk PMKS Myanmar
Ekonomi

Neurogine MPEX, CB Bank Sedia Khidmat Kewangan Digital Untuk PMKS Myanmar

Neurogine MPEX, CB Bank Sedia Khidmat Kewangan Digital Untuk PMKS Myanmar

Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine, Owen Chen

LABUAN, 5 Ogos(Livevartha)– Penginovasi teknologi kewangan Neurogine MPEX (L) Ltd bekerjasama dengan CB Bank PCL dari Myanmar bagi merevolusikan proses dan membantu pedagang menggunakan platform berteraskan mudah alih Neurogine nMerchant.

KetuaPegawai Eksekutif Neurogine, Owen Chen berkata kerjasama itu bertujuanmemacu pertumbuhan ekonomi Myanmar dengan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)yang menyumbang 36 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Beliau berkata sejajar dengan kedudukan PMKS mewakili99.4 peratus perniagaan di Myanmar, perkongsian itu memberi tumpuan kepada meningkatkan akses untukperkhidmatan kewangan melalui teknologi mudah alih.

“Menerusi usahamemperkemas proses pendaftaran peniaga, Neurogine nMerchant membolehkan CB Bank memasukkan perniagaan baharu secarapantas selainmemberiakses lebih mudah kepada perkhidmatan kewangan," kata Chen dalam satu kenyataan kepada Livevartha,hari ini.

Platform itu, katanya, dengan ketara dapat mengurangkan kertas kerja, mempercepatmasa pemulihan dan meningkatkan kecekapan untuk kedua-dua CB Bank dan rakan kongsi pedagangnya.

Pada masa sama, platform itu menerima pembayaran menggunakan kod respons pantas dan diintegrasi dengann2Tap Neurogine –penyelesaian titik jualan perisian pertama di Malaysia yang turut diperakui oleh Majlis Piawaian Keselamatan Industri Kad Pembayaran.

“Menerusiantara muka intuitif, platform ini menyokong CB Bank dalam memperoleh dan mengurus peniaga sambil meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Di samping meningkatkan kecekapan, Neurogine nBank membolehkan CB Bank mengguna pakai pendekatan membuat keputusan berdasarkan data, mengurangkan kos operasi dan risiko," katanya.

Chen berkatapendaftaran peranti mudah alih itu juga dapat mengelak keperluan kunjungan bank secara fizikal selainmemperluasakses kepada perkhidmatan kewangan di wilayah seperti Mandalay, Ayeyarwady, Bago, Sagaing dan Yangon.

Related Articles

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias...

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS bilion pada 2025
Ekonomi

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global...

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua...