Home Ekonomi NCIG 2024 Fokus Pacu Ikhtiar Ketelusan Dalam Kalangan Institusi Kewangan – ADFIM
Ekonomi

NCIG 2024 Fokus Pacu Ikhtiar Ketelusan Dalam Kalangan Institusi Kewangan – ADFIM

NCIG 2024 Fokus Pacu Ikhtiar Ketelusan Dalam Kalangan Institusi Kewangan – ADFIM

Setiausaha Agung Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Mohd Prasad Hanif bercakap pada sidang media sempena National Conference on Integrity & Governance 2024 hari ini.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) –Persidangan Kebangsaan Integriti danTatakelola 2024 (NCIG 2024) akan memberi fokus untuk memacuikhtiar perkongsian visi serta pengetahuanmengenai ketelusan, etika dan bebas rasuah dalam tatakelola dalamkalangan institusi kewangan pembangunan.

NCIG 2024 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Oktober depan dianjurkan olehPersatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM)dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan.

Setiausaha Agung ADFIMMohd Prasad Hanif berkata selain ituNCIG 2024 akan turut menumpukan kepadaperbincangan dan penyelesaian dalam menangani cabaran kontemporari, penekanan ketelusan, akauntabiliti serta langkah membanteras akar rasuah untuk mencipta impak positif terhadap ekosistem perniagaan.

“Integriti dalam tatakelola perlu dibudayakan sebagai suatu yang sinonim serta bersimbiosis dalam semua organisasi.

“Justeru, elemen murni dan universal ini perlu diperkasakan dalam usaha menyuburkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial yang lestari,” katanya kepada pemberita dalam satusidang media mengenai penganjuran NCIG 2024, di sini, hari ini.

Mohd Prasad berkata persidangan itu diadakan bertujuan untuk menginspirasi reformasi dan inovasi dalam amalan tatakelola termasuk meneroka potensi tatakelola digital dan impaknya terhadap ketelusan serta akauntabiliti organisasi.

“Turut diberi perhatian kali ini adalah ikhtiar memperkukuhkan kolaborasi untuk mempraktiktatakelola yang berkesan serta memperkasakan keterlibatan awam dengan menyediakan platform dan melalui akses kepada maklumat,” katanya.

Penganjuran NCIG kali ketiga iniakan membariskan beberapa speaker terkenal termasuk mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan SriAzhar Azizan Harun.

“Kami menjangkakan lebih 250 peserta dari peringkat tertinggi akan menyertai persidangan ini dengan 80 peratus speaker mewakili agensikerajaan, manakala 20 peratus dari badan bukan kerajaan,” katanya.

Related Articles

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat
Ekonomi

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat

Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar Ketua Perunding (CN)...

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS...

Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29...