Home Ekonomi MTI Singapura Unjur Pertumbuhan KDNK 2024 Pada 2.0-3.0 Peratus
Ekonomi

MTI Singapura Unjur Pertumbuhan KDNK 2024 Pada 2.0-3.0 Peratus

MTI Singapura Unjur Pertumbuhan KDNK 2024 Pada 2.0-3.0 Peratus

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 13 Ogos (Livevartha) –Singapura mengunjurkanpertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2024 pada2.0-3.0 peratus selepas mengambil kira prestasi ekonominya pada separuh pertama tahun berkenaan sertasituasi ekonomi global dan domestik semasa.

Jangkaan pertumbuhan sebelum ini ditetapkan antara1.0 hingga 3.0 peratus.

Kementerian Perdagangan dan Industri(MTI) Singapuraberkata ekonomi negara itu berkembang sebanyak 2.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2024, melanjutkan pengembangan 3.0 peratus pada suku sebelumnya.

“Untuk separuh pertama 2024, pertumbuhan KDNK Singapura secara purata pada 3.0 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam satu kenyataan sempena pengumumanlaporan Tinjauan Ekonomi Singapura bagi suku kedua 2024 hari ini.

MTI berkata pertumbuhan KDNK suku kedua2024 kebanyakannya didorong oleh sektor perdagangan borong, kewangan daninsurans serta maklumat dan komunikasi.

Antara sektor tersebut, sektor kewangan dan insurans berkembang sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun, didorong terutamanya oleh segmen perbankan dan pengurusan dana yang menyaksikan komisen bersih melonjak pada suku tersebut apabila kadar faedah global mula menurun.

Sebaliknya, sektor pembuatan menguncup sebanyak 1.0 peratus tahun ke tahun pada suku keduakebanyakannyadisebabkan oleh kemerosotan output dalam kelompok pembuatan bioperubatan dan kejuruteraan ketepatan, pembuatan bioperubatandibebani oleh kejatuhan mendadak dalam pengeluaranfarmaseutikal.

Sektor berkaitan pengguna seperti perdagangan runcit serta perkhidmatan makanan dan minuman juga menyusut, sebahagiannya disebabkan oleh penduduk tempatan keluar negara.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...