Home Ekonomi MTA lancar Hijrah27, usaha perkukuh transformasi, hala tuju takaful
Ekonomi

MTA lancar Hijrah27, usaha perkukuh transformasi, hala tuju takaful

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 November– Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Hijrah27, bagi memperkukuhkan pelan transformasi hala tuju industri takaful.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzuan Mohamed, pelan tersebut mengandungi kerangka bagi pertumbuhan mampan, akses yang lebih luas, inovasi serta nilai sosial yang berimpak tinggi.

Rangka kerja pelan itu memberi tumpuan kepada peningkatan pemahaman
orang ramai tentang takaful dan meluaskan jangkauan kepada mereka yang tidak mempunyai akses termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

\”Sebelum ini isu \’unserve\’ dengan \’underserve\’ ini dalam pelan BBIT yang dikeluarkan 2021 dan Financial Sector Blueprint 2022.

Maka, sebab itu kita tampil dengan pelan transformasi ini. Hijrah27 memberi cara berkaitan teknologi, infrastruktur dan pengedaran yang boleh kita gunakanlah,\” kata Mohd Radzuan kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas pelancaran di Majlis Pelancaran Hijrah27 oleh Persatuan Takaful Malaysia.

Tambahnya, pelan tersebut turut menggalakkan inisiatif yang sejajar dengan aspek persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Untuk jangka panjang, ia diharap dapat menjadikan takaful lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai, serta memacu industri Takaful secara berterusan.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...