Home Ekonomi MOSTI Bangunkan MII Bagi Tingkatkan Prestasi Ekonomi – Chang
Ekonomi

MOSTI Bangunkan MII Bagi Tingkatkan Prestasi Ekonomi – Chang

MOSTI Bangunkan MII Bagi Tingkatkan Prestasi Ekonomi – Chang

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Maxis diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng dan Huawei diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies Malaysia Simon Sun pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2024, hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (empat, kiri).

Bagi Maxis, memorandum dengan Huawei memberi fokus kepada kemajuan teknologi 5G, yang dijangka memberikan impak positif terhadap kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global (GII).

Kerjasama ini bertujuan untuk memacu inovasi dan menghasilkan harta intelek di Malaysia seperti melalui kecerdasan buatan generatif (Generative AI) dan aplikasi awan (cloud application), memperkasakan perniagaan Malaysia ke peringkat global, dan menjadikan Malaysia sebagai Lembah Silikon di rantau ini

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan Indeks Inovasi Malaysia (MII) sebagai kaedah pengukuran untuk menyokong keperluan dalam merancang strategi dan intervensi bagi meningkatkan prestasi inovasi di peringkat negeri.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata inisiatif itu akan seterusnya menyumbang kepada pencapaian prestasi negara dalam Indeks Inovasi Global (GII).

“Pemantauan petunjuk prestasi utama (KPI) dan inisiatif sebegini akan mendorong semua pihak bukan sahaja di peringkat kerajaan, tetapi juga industri dan akademia.

“Penglibatan orang awam juga penting dalam memainkan peranan masing-masing untuk menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara dalam ranking GII supaya Malaysia dapat berdiri setanding dengan negaramaju yang lain,”katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024 di sini hari ini.

MOSTI turut memperkenalkan inisiatif baharu,Gerbang Pengkomersialan,sebuah platform yang bertindak sebagai pusat sehenti yang mengintegrasikan pangkalan data hasil penyelidikan sedia ada.

Chang berkata inisiatif itu akan memudahkan dan mempercepatkan operasi, sekali gus meningkatkan impak aktiviti pengkomersialan oleh agensi di bawah MOSTI.

Selain itu, katanya kementerian telah menyediakan enam dasar dan 12 pelan hala tuju untuk memastikan kedaulatan teknologi negara dengan menyediakan asas ekonomi yang kukuh berdasarkan rantaian produk/teknologi yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

“Berdasarkan dasar dan pelan hala tuju yang dilancarkan,anggaran keseluruhan sumbangan sektor strategik STIE (sains, teknologi, inovasi dan ekonomi) kepada KDNK negara dan global berjumlah RM9.21 trilion menjelang 2030,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...