Home Ekonomi MITI Sasar Tarik RM300 Bilion Pelaburan Hijau Menjelang 2030 – Tengku Zafrul
Ekonomi

MITI Sasar Tarik RM300 Bilion Pelaburan Hijau Menjelang 2030 – Tengku Zafrul

MITI Sasar Tarik RM300 Bilion Pelaburan Hijau Menjelang 2030 – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 19 Ogos(Livevartha) –Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarmenarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbonsifar bersih Malaysia.

MenterinyaTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata antara 2017 dan 2023, Malaysia mencapai pelaburan hijau yang direalisasikan berjumlah kira-kira RM40 bilion.

“MenerusiStrategi Pelaburan Hijau (GIS), kita merancang untuk meningkatkan jumlah itukepada RM300 bilion menjelang2030. Itu adalah sasaran yang sangat agresif tetapi itulah sasaran yang perlu kitacapai.

"Ini adalah peningkatan 7.5 kali ganda yang kita perlukan, dan ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menyasaruntuk mencapai RM300 bilion dalam dekad akan datang agar kita boleh mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050," katanya pada sidang media mengenaipengumuman GIS itu, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata,GIS dirangka dengan mengambil kira pelbagai dasar utama untuk menjamin pendekatan yang menyeluruh, bersifat saling melengkapi dan juga bagi memastikan tiada pertindihan dasar.

GIS melengkapi dasar jangka panjang negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Kerangka Ekonomi MADANI,yang menetapkan hala tuju pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Mengenai Belanjawan2025, Tengku Zafrul berkata insentifdiperlukan daripada Kementerian Kewangan untuk membantu syarikat tempatan membuat peralihan kepada tenaga hijau.

"Contohnya jika ada kilang yang tidak begitu efisien, iaakan melibatkan lebih banyak pelepasan karbon. Bagi menjadikannya lebih efisien, mereka perlu melabur dalam teknologi terbaharu.

"Kos pelaburan, kalau boleh kita nak lihat bagaimana syarikat tempatan dan perusahaankecil dan sederhana mendapat manfaat daripada insentif tersebut atau pembiayaan lebih rendah, agar mereka boleh melakukan peralihan (kepada tenaga hijau),” katanya.

Related Articles

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat
Ekonomi

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat

Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar Ketua Perunding (CN)...

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS...

Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29...