Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China
Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meminda kadar duti antilambakan, ke atas pengimportan dawai keluli berlembar bagi konkrit prategasan dari China.

Ia berdasarkan kajian semula dilaksanakan pada 8 Ogos 2024, selepas Southern PC Steel Sdn. Bhd. mengemukakan permohonan mewakili pihak industri.

Kenyataan MITI menyebut, semakan dijalankan bagi menentukan kewujudan perubahan dalam margin lambakan.

\”Dua pengeluar yang dinamakan dalam kajian semula itu masing-masing dikenakan duti sebanyak 9.07 peratus dan 3.12 peratus. Manakala, lain-lain pengeksport pada 21.72 peratus,\” menurut kenyataan MITI.

Kutipan duti akan dikuatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula hari ini hingga 24 Disember 2026.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...