Home Ekonomi MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama bawah RM100,000
Ekonomi

MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama bawah RM100,000

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Livevartha

PETALING JAYA, 21 Oktober – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited membantu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia dengan harga di bawah RM100,000.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata, kementerian optimis Perodua mampu mencapai sasaran itu menjelang akhir tahun 2025.

“Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana ingin menjadikan EV sebagai kenderaan mampu milik,” katanya selepas Pelancaran JAC Motors Brand, di sini.

Selain memastikan pertumbuhan dan keupayaan infrastruktur EV di Malaysia lebih berkembang.

Tambahnya, infrastruktur pengecasan negara juga berkembang pesat dengan hampir 3,200 stesen pengecas awam sudah dipasang.

MITI menyasarkan 10,000 pengecas awam menjelang 2025 dapat direalisasikan.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...