Home Ekonomi MISIF, MSA disyor rangka semula hala tuju industri keluli
Ekonomi

MISIF, MSA disyor rangka semula hala tuju industri keluli

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) serta Persatuan Keluli Malaysia (MSA) disyorkan untuk bekerjasama dengan kementerian berkaitan dalam merangka semula hala tuju industri keluli negara.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata langkah tersebut penting bagi memastikan daya tahan serta kelestarian sektor itu dalam menghadapi cabaran semasa.

Cadangan tersebut dikemukakan dalam sesi perbincangan bersama dua persatuan utama industri keluli negara, yang turut menyentuh isu tarif baharu Amerika Syarikat ke atas keluli dan aluminium yang dijangka berkuat kuasa pada 12 Mac ini.

Menurutnya, pelaksanaan tarif itu berpotensi menyebabkan lebihan bekalan keluli yang sebelum ini dihantar ke Amerika Syarikat dialihkan ke negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, sekali gus memberi kesan kepada pasaran tempatan.

Sehubungan itu, beberapa bahagian dalam Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah digerakkan bagi mengkaji impak tarif tersebut terhadap industri tempatan.

MITI juga dijangka mengumumkan lebih banyak dasar khusus berdasarkan syor jawatankuasa bebas industri besi dan keluli bagi memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....