Home Ekonomi MGA sasar hubungan lebih erat antara pasaran emas China dan ASEAN
Ekonomi

MGA sasar hubungan lebih erat antara pasaran emas China dan ASEAN

MGA sasar hubungan lebih erat antara pasaran emas China dan ASEAN

Kredit: MGA

Kredit: MGA

GEORGE TOWN, 8 Ogos (Livevartha) — Persatuan Emas Malaysia (MGA)mengenal pasti wujudnya potensi dalam meningkatkan aspek pertukaran pada masa depandi samping mengukuhkan kerjasama antara pasaran emas China dan Asean.

MGA menjelaskanMalaysia,berasaskan lokasi strategik, kepelbagaian demografi, keupayaan berbilang bahasa dan dasar mesra perniagaan, berkedudukan ideal sebagai hab perdagangan emas utama bagi negara yang memasuki pasaran Asia Tenggara.

Menerusi kenyataan pada Khamis,MGA memaklumkan perkara itu disuarakan semasa pertemuan dengan pihak Bursa EmasShanghai (SGE) pada Kongres dan EkspoEmas China 2024 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai lepas di Shanghai, China.

Presiden Datuk Louis Ng telahdijemput oleh Persatuan Emas China (CGA) untuk berucap pada kongres tersebut,tambah persatuan itu.

Beliau berkata penyertaan delegasi dalam Kongres dan Ekspo Emas China 2024 sangat membuahkan hasil, bukan sahajameningkatkan kebolehlihatan global terhadapMGA malah jugameletakkan asas kukuh untuk kerjasama antarabangsa masa depan dalam industri emas Malaysia.

“Pertemuan dengan beberapa organisasi antarabangsa memperkukuhkedudukan dan pengaruh Malaysia dalam pasaran emas Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan yang sama.

MGA menjelaskanNg membentangkan tajuk ‘Pasaran Emas dan Barang Kemas Malaysia: BRI dalam Hubungan Perdagangan Malaysia-China’ pada kongres itu.

Dalam pembentangan itu, beliau memberikan pandangan mengenaitrend emas dan barang kemas Malaysia, saiz pasaran, tingkah laku pengguna dan rangka kerja kawal selia selainmengetengahkan pelbagai kelebihan pasaran Malaysia.

Kongres dan ekspo itu merupakanacara industri emas antarabangsa terbesar China, bertujuan memudahkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa, menawarkan platform untuk peserta industri belajar antara satu sama lain di sampingmembincangkan isubersifat progresifdalam industri emas global.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...