Home Ekonomi Matrix Concepts catat untung bersih RM42.7 juta pada suku keempat 
Ekonomi

Matrix Concepts catat untung bersih RM42.7 juta pada suku keempat 

Matrix Concepts catat untung bersih RM42.7 juta pada suku keempat 

MATRIX Concepts

PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mencatatkan untung bersih sebanyak RM42.7 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, 29.5 peratus lebih rendah berbanding RM60.6 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut kenyataannya, prestasi kewangan didorong terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan am serta kos kewangan yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan saiz pembangunan yang semakin meningkat.

Bagi suku yang sama, kumpulan mencatatkan penurunan hasil sebanyak 13.6 peratus kepada RM305.2 juta daripada RM353.1 juta sebelumnya, disebabkan oleh penukaran jualan yang tertunda, dengan pengiktirafan hasil tertunda dijangka pulih dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Prestasi pendapatan suku tersebut sebahagiannya diimbangai oleh pengiktirafan kukuh sebanyak RM18.7 juta daripada pembangunan tinggi kedua, Levia Residence di Cheras, Kuala Lumpur.

Hasil kumpulan untuk keseluruhan tahun kewangan pula berjumlah RM1.19 bilion, 11.2 peratus lebih rendah daripada RM1.34 bilion sebelumnya, disebabkan oleh masa pelancaran dan pengiktirafan hasil untuk hartanah yang dijual di Sendayan Developments dan Bandar Seri Impian.

Ini sebahagiannya diimbangi oleh hasil yang lebih tinggi dari Lembah Klang, meningkat 182.0 peratus kepada RM41.0 juta, daripada RM14.6 juta sebelumnya.

Kumpulan mengisytiharkan dividen interim suku keempat sebanyak 1.35 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, mewakili 60.8 peratus daripada untung selepas cukai (PAT) bagi suku keempat yang akan dibayar pada 10 Julai 2025.

Dividen terkumpul sesaham untuk tahun kewangan 2025 berjumlah 6.2 sen, selepas diselaraskan untuk terbitan bonus, berjumlah jumlah pembayaran RM116.3 juta.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, prestasi kewangan menunjukkan keberkesanan strategi syarikat, mengesahkan keupayaan untuk menyampaikan nilai secara konsisten dan meningkatkan pulangan pemegang saham melalui prestasi operasi dan pertumbuhan yang mampan.

“Memandang ke hadapan, tahun kewangan 2026 berada pada kedudukan untuk pertumbuhan transformatif, disokong oleh sasaran pelancaran projek baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.6 bilion.

“Pelancaran akan datang ini termasuk fasa pertama tanah perindustrian MVV City, pemangkin utama untuk fasa pertumbuhan kami yang seterusnya.

“Menjangkau 963.9 hektar dengan unjuran GDV sebanyak RM15 bilion, pembangunan MVV City bersedia untuk menyediakan trajektori pendapatan yang jelas dalam jangka masa terdekat dan mengukuhkan keyakinan jangka panjang kami,” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...