Home Ekonomi Malaysia tuan rumah Persidangan Pelaburan ASEAN 2025
Ekonomi

Malaysia tuan rumah Persidangan Pelaburan ASEAN 2025

Malaysia bakal menjadi tuan rumah Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025, yang dijadual berlangsung pada 8 dan 9 April ini / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Malaysia bakal menjadi tuan rumah Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025, yang dijadual berlangsung pada 8 dan 9 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Pengarah Urusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datin Azalina Adham persidangan itu merupakan platform penting bagi menggalakkan libat urus, pertumbuhan, dan kemampanan serantau.

“Sebagai Pengerusi Forum Pasaran Modal ASEAN dan menyokong kepengerusian Malaysia, kami menganjurkan acara ini bagi mengetengahkan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama.

\”Fokus utama ialah melihat profil ASEAN dari segi populasi serta meninjau peluang pertumbuhan, termasuk di ASEAN+3 yang merangkumi China, Jepun dan Korea Selatan,” katanya pada sesi taklimat media AIC 2025 di ibu negara.

Persidangan dua hari itu dijangka menghimpunkan 400 peserta dari negara anggota ASEAN serta ASEAN+3.

AIC 2025 turut dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...