Home Ekonomi Malaysia Sedia Manfaatkan Pasaran Pembuatan Peranti Perubatan
Ekonomi

Malaysia Sedia Manfaatkan Pasaran Pembuatan Peranti Perubatan

Malaysia Sedia Manfaatkan Pasaran Pembuatan Peranti Perubatan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) bersama Presiden Serantau Asia Pasifik (APAC) Plexus Victor Tan (dua, kanan) ketika Majlis Pecah Tanah Plexus Bridgeview hari ini.

BATU KAWAN, 26 Julai (Livevartha) — Malaysia memiliki landskap pembuatan dan pemboleh yang tepat untuk memanfaatkan prospek cerah industri peranti perubatan global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata nilai industri peranti perubatan global diunjurkan meningkat kepada US$887 bilion menjelang 2032 daripada US$542 bilion yang diunjurkan bagi 2024.

“Malaysia mempunyai faktor yang diperlukan — asas kukuh, ekosistem yang berkembang maju, kesungguhan politik — untuk menjana pertumbuhan pesat industri pembuatan kita dengan melibatkan pihak pemegang kepentingan utama, khususnya peserta industri itu sendiri.

“Negara ini boleh menjadi hab pembuatan untuk peranti perubatan, membolehkan jenama global memenuhi (permintaan) pasaran Asean yang mempunyai 670 juta penduduk atau pasaran Asia dengan 4.7 bilion orang,” katanya pada majlis pecah tanah kemudahan pembuatan Plexus Corp di sini, pada Jumaat.

Kemudahan pembuatan keenam Plexus Corp iaitu Plexus Bridgeview itu adalah yang keenam di Pulau Pinang.

Tengku Zafrul berkata majlis hari ini merupakansatu lagi langkah ke arah menggerakkan rancangan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Beliau berkata tumpuan Plexus kepada peralatan modal semikonduktor, serta sektor penjagaan kesihatan dan sains hayat adalah sejajar dengan sektor keutamaan berdasarkan NIMP 2030.

“Ini akan mewujudkan ekosistem pembuatan yang kukuh, dipacu oleh perkongsian dinamik antara syarikat global terkemuka dan firma Malaysia, digerakkan oleh bakat bertaraf dunia.

“Inilah yang akan menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan untuk Asia,” katanya.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...