Sunday , 15 December 2024
Home Ekonomi Malaysia sasar tarik 1.5 juta pengunjung ke Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka
Ekonomi

Malaysia sasar tarik 1.5 juta pengunjung ke Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka

Foto Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 November – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik 1.5 juta pengunjung dan menjana RM13 bilion dalam perdagangan dan pelaburan melalui penyertaan Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka tahun depan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata sasaran itu bukan sekadar misi kementerian tetapi juga misi nasional yang akan membawa manfaat besar kepada negara.

\”Dengan tahap pembinaan kini mencapai 73.91 peratus, Pavilion Malaysia direka untuk mempamerkan warisan karya negara, semangat inovasi, dan komitmen terhadap kelestarian, di bawah tema “Weaving a Future in Harmony”.

\”Pavilion ini bakal menjadi simbol perpaduan antara tradisi dan teknologi serta salah satu tarikan utama di Ekspo ini,\” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul dalam rangka lawatan ke lokasi ekspo berkenaan di Pulau Yumeshima, Kansai, Jepun selesai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Seoul, Korea Selatan.

Dalam pada itu beliau berkata Pavilion Malaysia diyakini mampu memukau jutaan pengunjung dan memperkenalkan keunikan serta kehebatan negara di pentas global.

Ekspo Dunia 2025 yang akan diadakan di Osaka, Jepun selama enam bulan bermula 13 April hingga 13 Oktober 2025. – Livevartha

Related Articles

Worldwide Stainless ambil alih Bahru Stainless pada ASj
Ekonomi

Worldwide Stainless ambil alih Bahru Stainless pada AS$95j

BAHRU StainlessPETALING JAYA: Worldwide Stainless Sdn. Bhd. memuktamadkan pengambilalihan Bahru Stainless Sdn....

Media cetak dijangka terima manfaat pengukuhan ringgit
Ekonomi

Media cetak dijangka terima manfaat pengukuhan ringgit

VENDOR surat khabar sedang menyusun surat khabar sebelum dijual dan diedar kepada...

Ekonomi

MITI selaras hala tuju industri besi dan keluli menerusi NIMP 2030

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 13 Disember– Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bakal...

Ekonomi

Jualan kenderaan baharu menyusut lapan peratus – MAA

Foto FailKUALA LUMPUR, 13 Disember– Jualan kenderaan baharu di Malaysia susut lapan...