Home Ekonomi Malaysia kekal prestasi lebihan dagangan, tingkat eksport dan import
Ekonomi

Malaysia kekal prestasi lebihan dagangan, tingkat eksport dan import

Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Prestasi perdagangan Malaysia pada Januari 2025 menunjukkan negara terus mengekalkan lebihan dagangan walaupun berdepan pelbagai cabaran ekonomi global.

Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, peningkatan eksport dan import pada Januari 2025 mencerminkan daya tahan perdagangan Malaysia dalam khususnya sektor semikonduktor, automotif dan farmaseutikal.

\”Kalau kita lihat keseluruhannya, eksport ke Amerika Syarikat (AS) paling besar meningkat pada bulan Januari. AS juga dijangka mengenakan tarif terbaru pada Februari.

\”Kenaikan perdagangan itu mencatatkan sebanyak RM3.8 bilion. Ia menunjukkan ekonomi perdagangan Malaysia dipengaruhi keseluruhan ekonomi global ataupun perdagangan dunia itu sendiri,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Dasar fiskal dan monetari kerajaan, termasuk usaha menarik pelaburan asing, juga dilihat sebagai faktor penting dalam menyokong pertumbuhan perdagangan negara.

Malaysia juga berpotensi untuk terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dengan pelaksanaan strategi industri yang tepat.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....