Home Ekonomi Malaysia Kekal Destinasi Utama Bagi Pelaburan PTTEP – BMI
Ekonomi

Malaysia Kekal Destinasi Utama Bagi Pelaburan PTTEP – BMI

Malaysia Kekal Destinasi Utama Bagi Pelaburan PTTEP – BMI

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) — Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand,PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang, menurut BMI.

BMI menjelaskan PTTEP memegang aset yang besar di Malaysia dan merancang untuk mengukuhkan aktiviti cari gali dan pengeluaran di negara jiran selain memperoleh aset gas asli tambahan.

“PTTEP dijangka mengumumkan keputusan pelaburan akhir (FID) untuk pembangunan medan gas Lang Lebah, yang terletak di blok SK410B, pada 2024. Gas pertama daripada projek itu dijangka diperoleh pada 2027,” tambah BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Pelaburan minyak dan gas oleh Thailand, yang diterajui oleh PTTEP, di rantau Asia Tenggara dijangka meningkat pada 2024 dan tempoh seterusnya.

Pelaburan minyak dan gas PTTEP di Asia Tenggara diunjurkan terus meningkat sebelum akhir dekad ini, memandangkan syarikat itu telah komited untuk terus melabur di negara jiran Malaysia, Myanmar dan Vietnam.

PTTEP, yang memegang 42.5 peratus kepentingan melalui anak syarikatnya PTTEP HK Offshore, serta KUFPEC Malaysia (42.5 peratus) dan Petronas (15 peratus)telah menyiapkan reka bentuk kejuruteraan bahagian hadapan, yang merangkumi projek pemerangkapan dan penyimpanan karbon.

Gas asli yang diperoleh daripada projek Lang Lebah bertujuan untuk dibekalkan kepada projek gas asli cecair (LNG) Bintulu dan industri lain di Sarawak selain dijangka menghasilkan 3.3bcm/y gas asli pada paras tertingginya.

“Berkemungkinan besar PTTEP akan meneruskan projek Lang Lebah kerana usaha itu melengkapkan pelaburan LNG syarikat itu di Malaysia dan strategi bekalan gas asli jangka masa panjang,” menurut BMI.

Pada 2017, PTTGL Investment Ltd (PTTGLI), usaha sama antara PTTEP dan PTT Public Company Ltd, memperoleh 10 peratus kepentingan ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB), yang mengendalikan sebuah unit pencairan 3.6 mtpa di kompleks Bintulu LNG.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...