Home Ekonomi Malaysia Dijangka Mampu Hadapi Jangkaan Kemelesetan AS – Tengku Zafrul
Ekonomi

Malaysia Dijangka Mampu Hadapi Jangkaan Kemelesetan AS – Tengku Zafrul

Malaysia Dijangka Mampu Hadapi Jangkaan Kemelesetan AS – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), bersandarkan pencapaian semasa negara.

Beliau berkata walaupun AS menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, petunjuk ekonomi negara termasuk kadar inflasi yang terkawal dan unjuran pertumbuhan negara bagi suku kedua sebanyak 5.8 peratus telah memberi sokongan yang baik.

Bagaimanapun, katanya negara juga perlu bersedia untuk menghadapi situasi buruk termasuk memberi fokus kepada industri yang berdaya tahan.

"Bagi kita, sebagai sebuah ekonomi yang terbuka dengan nisbah perdagangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 130 peratus, kita perlu memastikan ekonomi kita adalah ekonomi yang pelbagai, bukan sahaja dari segi produk dan KDNK, malah pasaran, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pertemuan Konsultasi Kebangsaan mengenai Perdagangan Hijau, anjuran Khazanah Research Institute serta Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketika ditanya sekiranya keadaan di AS semakin buruk justeru memberi kesan kepada pelan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang diumumkan baru-baru ini, beliau berkata NSS adalah program bersifat jangka panjang sehingga 2030.

"Sekiranya ada kejutan luaran, kita perlu bersedia. Namun jangan lupa ia sasaran jangka panjang, pasti akan ada turun naik dan akan tetap bergerak ke atas. Kita memberi fokus kepada industri berdaya tahan dan industri semikonduktor yang dilihat agak berdaya tahan.

“Keadaan ini memandangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan terus berkembang dan memerlukan cip mikro, tenaga, pusat data dan sebagainya. Oleh itu, ia tidak akan banyak terjejas, malah akan menjadi satu keperluan seperti air dan elektrik," katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata pembiayaan hijau perlu diperluaskan kepada semua syarikat di Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memupuk perkembangan industri dan perdagangan hijau.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...