Home Ekonomi Malaysia diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat CIIE 2024
Ekonomi

Malaysia diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat CIIE 2024

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengunjungi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ketujuh dan merasmikan Pavilion Malaysia.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan, Kuala Lumpur diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat bagi penganjuran kali ini, sejajar ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

CIIE 2024 bermula esok hingga 10 November ini, di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di Shanghai.

Tahun ini, pavilion negara mengetengahkan 16 pempamer tempatan, yang mendapat sokongan rakan strategik MATRADE, iaitu Bank of China (Malaysia) Bhd, Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.

Pertanian, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-dagang serta kandungan kreatif, antara sektor yang diketengahkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, selain meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan tempatan, acara itu menjadi platform usahawan mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan pasaran China.

Beliau yakin penyertaan Malaysia bakal menyuntik nilai penting kepada kedua-dua negara selain mewujudkan peluang bagi kerjasama inovasi dan strategik.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...